Wednesday, June 10, 2009

cerita tentang cikgu Skukri.

kawan- kawan , saya ada cerita tentang cikgu Skukri .Cikgu Skukri ni seorang yang sangat baik. Saya suka ada cikgu macam cikgu Skukri. Saya berharap sangat supaya saya dapat jumpa orang macam cikgu Skukri juga. Sekian Terima kasih.

saya minat haiwan.

hai, kawan- kawan , buat pengetahuan kawan- kawan saya ni sukakan haiwan. Sebab itulah dalam blog saya ada berbagai -bagai iklan haiwan .Iklan haiwan saya ini ada iklan kucing, kuda, harimau dan panda. Cikgu saya mengizinkan saya memasukkan iklan haiwan kesayangan saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu Skukri.

Tuesday, June 9, 2009

TRAGEDI DI KAMPUNG.

HaRI ITU HARI CUTI SEKOLAH .SAYA DAN KELUARGA SAYA PULANG KE KAMPUNG .SAYA BERSAMA IJA BERMAIN DI TEPI PARIT YANG BESAR .SEWAKTU SAYA DAN IJA SEDANG SERONOK-SERONOK BERMAIN DI TEPI PARIT YANG BESAR ITU TIBA-TIBA SAYA TELAH TERJATUH KE DALAM PARIT YANG BESAR ITU. IJA MENJERIT MEMINTA TOLONG KEPADA ORANG YANG LALU LALANG .MEREKA DENGAN CEPAT MENOLONG SAYA. MAKA TERSELAMATLAH SAYA DARIPADA DI BAHAM DARIPADA BUAYA YANG SEDANG KELAPARAN.

Monday, June 8, 2009

pengalaman di laut.

Pada hari itu saya telah mengikut ibu dan ayah saya ke laut .Setibanya kami di tepi laut saya dan ibu saya terus mencari siput.Ayah saya terus pergi ke dalam laut. Dalambeberapa minit saya berasa ingin mandi pula. Ibu saya membenarkan saya mandi dengan satu syarat saya harus berhati-hati ketika sedang mandi .Tiba-tiba air laut menjadi kuat dan saya kehanyutan . Ayah saya telah naik ke atas batu. Ibu saya menjerit ketakutan kerana saya telah hanyut .Ayah saya segera menyelamat kan saya . Selepas itu saya menjadi serik untuk turun ke dalam laut lagi.

tragedi di sungai.

Pada cuti sekolah yang lepas saya dan keluarga saya telah pulang ke kampung . Kampung saya berada di Bayan Lepas .Di sana saya ada seorang sepupu yang bernama Noor Asliza binti Abdul Wahab. Nama samaran sepupu saya itu ialah Ija .pada petang itu saya ,adik, kak Lyana ,kak Yuni, mak , abah, Ija , mak su ,pak su dan Ina. Ina ialah sepupu saya juga .Kami membawa banyak bekalan makanan .Setibanya kami semua di tepi sungai saya,Ija ,Ina,kak Yuni dan kak Lyana terus sahaja turun ke sungai .Kami bermandi -manda .Ina mengajakku pergi ke tempat yang terlalu dalam .Aku hanya mengikut Ina sahaja .Sewaktu aku telah pun masuk ke dalam air yang dalam tiba -tiba aku kelemasan .Ina berada tidak berapa jauhdaripadaku .Aku meminta tolong tetapi tiada sesiapa pun yang menolongku . Sewaktu tangan ku sedang tegapai-gapai Ija telah nampak tangan ku sedang tegapai-gapai Ija terus sahaja menjerit mengata kan bahawa aku sedang kelemasan .Ina yang berada tidak jauh daripada ku segera memengan lenganku .Aku sudah serik untuk turun ke dalam air lagi.

Sunday, June 7, 2009

kucingku


saya ada 6 ekor kucing yang bernama comel, poh, bu, chik dan konet . saya sangat sayang kepada keenam enam kucing saya itu . pada suatu hari kucing saya yang bernama comel telah melahirkan 2 ekor anak kucing . tetapi pada keesokkan harinya seekor anak kucing saya telah mati . tetapi saya masih ada seekor lagi anak kucing. sekarang saya menamakan kucing kiki .