Monday, June 8, 2009

tragedi di sungai.

Pada cuti sekolah yang lepas saya dan keluarga saya telah pulang ke kampung . Kampung saya berada di Bayan Lepas .Di sana saya ada seorang sepupu yang bernama Noor Asliza binti Abdul Wahab. Nama samaran sepupu saya itu ialah Ija .pada petang itu saya ,adik, kak Lyana ,kak Yuni, mak , abah, Ija , mak su ,pak su dan Ina. Ina ialah sepupu saya juga .Kami membawa banyak bekalan makanan .Setibanya kami semua di tepi sungai saya,Ija ,Ina,kak Yuni dan kak Lyana terus sahaja turun ke sungai .Kami bermandi -manda .Ina mengajakku pergi ke tempat yang terlalu dalam .Aku hanya mengikut Ina sahaja .Sewaktu aku telah pun masuk ke dalam air yang dalam tiba -tiba aku kelemasan .Ina berada tidak berapa jauhdaripadaku .Aku meminta tolong tetapi tiada sesiapa pun yang menolongku . Sewaktu tangan ku sedang tegapai-gapai Ija telah nampak tangan ku sedang tegapai-gapai Ija terus sahaja menjerit mengata kan bahawa aku sedang kelemasan .Ina yang berada tidak jauh daripada ku segera memengan lenganku .Aku sudah serik untuk turun ke dalam air lagi.

No comments:

Post a Comment